Ini Respon Wakil Pengantin Perempuan Tentang Isu Bertumbuk Sebelum Akad Nikah
MEMALUKAN!
Itu yang dapat disimpulkan selepas sebuah video memaparkan pergaduhan
di antara dua keluarga bakal pengantin menjadi viral di media sosial,
hari ini.
Memetik
laporan sebuah akhbar, insiden dipercayai tercetus apabila bakal
pengantin lelaki ditumbuk selepas dia mahu beredar dari Masjid Jamek
Al-Khadijiah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur, Sabtu lalu apabila mangsa
tidak dibenar meneruskan majlis akad nikah gara-gara wang hantaran
sebanyak RM15,000 tidak cukup.
Lelaki
tersebut yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berpendapatan
RM1,500 sebulan sebelum ini dikatakan telah setuju dengan jumlah wang
hantaran RM15,000 yang ditetapkan keluarga perempuan ketika majlis
merisik, Januari lalu.
“Ketika merisik pihak lelaki minta untuk bayar RM7,500 sebagai wang hantaran namun pihak perempuan minta RM15,000.
“Pengantin
lelaki yang setuju dengan jumlah itu namun meminta supaya wang hantaran
tersebut dibayar secara ansuran iaitu sebanyak RM10,000 sebelum majlis
perkahwinan dan baki lagi RM5,000 dibayar selepas majlis,” kata satu
sumber.
Menurut
sumber itu lagi, pengantin lelaki sudah pun membayar RM10,000 secara
ansuran sebelum majlis perkahwinan berlangsung, namun akibat kegagalan
menyerahkan baki RM5,000 keluarga pengantin perempuan tidak membenarkan
akad nikah diteruskan.
“Tidak
setuju dengan permintaan itu, pengantin lelaki bersama keluarganya
memutuskan untuk meninggalkan majlis akad nikah sebelum dia ditumbuk
oleh seorang ahli keluarga pengantin perempuan,” katanya lagi.
Pengawal keselamatan berusia 27 tahun itu dikatakan sudah bercinta dengan bakal pengantin perempuan, 21, sejak tiga lalu.
Seperti
yang disaksikan dalam rakaman video, keadaan di pekarangan masjid
menjadi kecoh apabila berlaku kejadian maki hamun dan pergelutan antara
kedua-dua ahli keluarga pengantin.
Keadaan
hanya kian reda selepas seseorang dipercayai wakil masjid menggunakan
pembesar suara menegur mereka semua berkali-kali supaya berhenti
bergaduh. Antara katanya, “masjid bukan tempat bergaduh, tolonglah
bertaubat..!”
0 Response to "INI RESPON WAKIL PENGANTIN PEREMPUAN TENTANG ISU BERTUMBUK SEBELUM AKAD NIKAH"
Post a Comment